Jumaat, 31 Oktober 2008

:: Sombong & Takbur, Apa Ubatnya??? ::

Sekadar ingin berkongsi dengan semua didunia cyber ini. Dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran ini tidak dapat tidak kita akan mengalami kekentalan dan kemunduran emosi. Dan apabila kita mengalami krisis hidup dan pelbagai masalah mengelilingi kepala kita akan mudah tewas dengan pujukan syaitan dan mula hilang pertimbangan. Tekanan emosi akan lebih mencengkam jika kita tidak menemukan jalan keluar bagi masalah yang dihadapi. Lalu kita akan meluahkannya sama ada memendamkan sahaja yang meningkatkan masalah stress, marah atau menangis sebagai jalan untuk meluahkan perasaan ini.

Setiap orang tidak boleh tidak ada sikap riak, takabbur, bongkak, sombong. Tak kiralah samada ahli politik, menteri, imam, bilal, ulamak, jurutera bahkan buruh kasar sekali pun ada sikap ini. Sikap inilah yang akan menjauhkan diri kita dari syurga dan mendekatkan kita ke neraka Allah.

Untuk mengubati penyakit ini memang payah. Ianya akan sentiasa datang setelah diubati. Oleh itu haruslah sentiasa diubati. Perlu banyak mengingati Allah, banyak beristighfar, menurut segala perintahNya, hormat ibu bapa dan sebagainya. Antara ubat yang mujarab untuk penyakit ini ialah dengan banyak mengingati mati. Banyak ziarah jenazah, ziarah kubur. Banyak lihat mereka yang nazak kematian. Banyakkan mandi jenazah teman-teman kita, saudara kita. Usung jenazah . Peluk jenazah. Mandikan jenazah. Bawa van jenazah, masukkan jenazah ke liang lahad dan sebagainya.

Itu sebabnya kita lihat bilal yang menguruskan jenazah, jiwa mereka ini tenang. Mereka tak banyak mengata. Syawal ini telah ramai mereka yang saya kenali kembali ke pangkuan Ilahi. Ada yang sempat saya ziarah, ada yang tidak sempat.

Ingat mati bukannya sampai kita hilang semangat tak boleh buat kerja. Ingat mati supaya kita kerja sungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan, dalam pada masa yang sama kita sentiasa ingat pada Allah. Beribadahlah seolah kita akan mati esok hari, bekerjalah seolah kita akan hidup selama-lamanya. Kalau semua kita banyak mengingati mati dalam erti kata sebenarnya mungkin banyak penyakit lain akan sembuh, dengki, khianat, fitnah, adu domba, rasuah, menipu dan sebagainya.

Tetapi ingatlah wahai manusia bahawa dunia adalah sementara dan kampung Akhirat itu adalah kekal dan hakiki bagi kita umat manusia. Ingatlah bahawa nenek moyang kita nabi Adam dan Hawa telah dikeluarkan oleh tipu daya syaitan dari Syurga. Kemudian selepas mereka bertaubat dan diampun dosa oleh Allah, mereka kembali ke tempat asal yang sebenar iaitu Syurga.

Dan Syaitan dan iblis masih meneruskan misi mereka untuk mencari anak cucu Adam untuk menemani mereka dalam menuju jalan Neraka Jahannam. Dan Dunia ini tidak layak ditangisi kerana ia lebih hina dari bangkai, seperti diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah.

Jabir bin Abdullah, mengabarkan bahawa Rasulullah pernah melewati sebuah pasar hingga kemudian banyak orang yang mengelilinginya. Sesaat kemudian beliau melihat bangkai anak kambing yang cacat telinganya. Beliau mengambil dan memegang telinga kambing itu seraya bersabda, ”Siapa di antara kalian yang mau memiliki anak kambing ini dengan harga satu dirham.” Para sahabat menjawab, ”Kami tidak mau anak kambing itu menjadi milik kami walau dengan harga murah, lagi pula apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai ini?” Kemudian Rasulullah berkata lagi, ”Apakah kalian suka anak kambing ini menjadi milik kalian?” Mereka menjawab, ”Demi Allah, seandainya anak kambing ini hidup, maka ia cacat telinganya. Apalagi dalam keadaan mati.”Mendengar pernyataan mereka, Nabi bersabda, ”Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini untuk kalian.” (Hadis Riwayat Muslim).

Muhasabah dan renungan untuk diriku ini

Pohon Yang Berguna
31 Oktober 2008

0 ulasan:

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP