Isnin, 24 November 2008

:: Muhasabah Kehidupan 22 Tahun….. ::

Hari ini mengikut kiraan tarikh masihi 24 November 2008 genaplah umur aku 22 tahun. Jika diikutkan kiraan tarikh hijrah, sudah lama aku berumur 22 tahun. Tidak kisah lah nak ikut yang mana satu. Aku tertanya-tanya pada diri aku, apakah yang telah aku lakukan selama 22 tahun ini.

Bagaimana dengan tanggungjawab aku pada diriku, tanggungjawab pada sahabat-sahabat, tanggungjawab aku pada ibu bapa, tanggungjawab pada adik-beradik, tanggungjawab dengan study aku, tanggungjawab pada murabbiku, tanggungjawab aku pada masyarakat dan banyak lagi dan yang paling penting bagaimana dengan dakwah dan
tarbiyah ku. Adakah aku berjaya melaksanakan tugas-tugas ini dengan jayanya atau adakah aku telah berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin atau aku hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat. Adakah aku hanya seperti orang-orang kebiasaan yang hanya bangun pagi pergi belajar kemudian balik. Petang main, malamnya study dan kemudian tidur. Pertanyaan-pertanyaan seperti itu sering menerjah fikiran ini sehingga menyesakkan jiwa dan menyebabkan aku berfikir kembali siapa sebenarnya aku dan apakah tugas sebenar aku di muka bumi ini. Adakah aku digolongkan dalam golongan ghuraba’ atau tidak. Jika tidak maka sia-sialah hidup aku. Teringat aku pada satu ayat yang agak selalu didengari, “hari lahir bukanlah satu hari yang patut di sambut dengan berseronok-seronok tanpa tujuan,tapi perlulah disambut dengan penuh kesyukuran dan muhasabah diri kerana meningkatnya umur kita maka dekatlah kita dengan kematian”. Mungkin mereka yang menyambut dengan parti yang bercampur jantina telah bersedia menghadapi hari kematian.

Secara jujurnya aku rasa aku belum bersedia untuk menghadapi kematian berdasarkan apa yang telah aku laksanakan walaupun aku tahu kematian itu boleh datang bila-bila sahaja. Mungkin sebentar lagi atau mungkin bertahun-tahun lagi. Jika diikutkan umur Nabi Muhammad SAW lebih kurang 63 tahun. Maka aku telah habiskan 1/3 hidup. Itupun jika hidup sampai 63 maka aku masih berpeluang untuk mengubah diri, jika sebentar lagi adakah aku sempat? Orang selalu kata pada majlis perkahwinan, kahwin sekali ja sepanjang hidup (kalau betul sekali), jadi buatla betul-betul.
Begitulah dengan kematian. Murabbi aku di Kampus ini pernah mengingatkan kematian hanya sekali sahaja dan tiada yang kedua. Terpulanglah kepada kita untuk macam mana kita nak hadapi peristiwa yang berlaku hanya sekali itu sahaja.

Allahuma Jaal Akhiri Kalamina Minal Dunia shadata An LaIlaHaIllah WaAnnamuhammadarasulullah, watawafana maal abrar

(Ya Allah jadikanlah kalimah terakhir aku di dunia ini kalimah syahadah Lailahailallah Waanamuhammadarasulullah dan tempatkanlah kami dengan orang yang engkau redhai)

Mengingat kembali sepanjang perjalanan hidup ini terutamanya sepanjang tahun 2008 ini menyebabkan aku berfikir aku masih belum layak untuk menjadi bakal guru dan kadang-kadang terfikir aku akan sebuah hadis Nabi saw yang maksudnya lebih kurang “siapa yang hari ini lebih baik dari semalam dialah orang yang beruntung, siapa yang sama sahaja(tiada peningkatan) hari ini dari semalam dia ialah orang yang rugi dan siapa yang hari ini lebih teruk dari semalam dia ialah orang yang celaka”. Di manakah kedudukan aku?? pertama, kedua atau ketiga. Banyak sahabatsahabat yang kata aku ni dah berubah dari segi percakapan. Aku pun tak perasan akannya tapi aku yakin mereka tidak menipu berdasarkan kata-kata jika kamu ingin mengenali seseorang tanyalah jirannya.

Impianku Sempena 22 tahun Aku Hidup


Aku harap aku mampu terus melalui jalan yang telah dipelopori oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan juga yang telah diikuti para ulama. Walaupun aku tahu jalan ini penuh dengan ranjau, onak dan duri dan penuh dengan perkara-perkara yang berlawanan dengan nafsu dan aku tahu jalan ini tidak dihampiri dengan karpet merah tapi aku yakin inilah satu-satunya jalan yang paling selamat dan cepat untuk aku sampai ke syurga Allah. Aku juga berharap aku di masukkan dalam toriq (jalan) yang benar-benar memperjuangkan dan cuba menegakkan agama Tauhid di bumi Allah ini. Aku tidak ingin menjadi orang biasa, aku ingin menjadi orang luar biasa kerana aku ada tugas penting yang perlu aku laksanakan. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini dan bebaskan aku dari fitnah harta dan wanita dan berikanlah aku kekuatan untuk menempuh jalan menuju redhaMU.

Dalam keriangan, kita terlupa rupa-rupanya perjalanan kita semakin singkat menuju-Nya… Semoga nikmat usia yang terus diberi hingga saat ini telah kita gunakan ke jalan yang diredhai Ilahi… Wahai pemuda dan pemudi Islam, jasadmu hanya pinjaman di dunia, hatimu hanya milik Yang Esa, perjuanganmu untuk agama-Nya… Semoga medan perjuangan ini sangat berharga di kesempatan hidup yang singkat dan masih berbaki ini.


Moga ada manfaatnya untuk aku bermuhasabah tentang diriku ini.....

1 ulasan:

Tanpa Nama,  24 November 2008 pada 12:29 PTG  

OK... Dah perbetoi dah... Abang keliru sikit sapa 24 dan sapa 25hb. Hehehe... Wah dah ada blog dah... Bagus bagus...

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP