Sabtu, 11 April 2009
Rabu, 8 April 2009
:: Hmm….. Debaran Hati ……Luahan Rasa. ::
Namun yang paling dirisaukan bukan apa. Bukan kecil atau besar kemalangan tue, tapi usia mereka yang dah lanjut. Kesian kat mak ngan abah. Ada lagi ujian yg datang dalam kehidupan di usia emas. Sebaik saja tahu terus call mak tanya macam mana keadaan. Alhamdulillah, d
engar suaranya, sudah menceriakan saya. Tapi suara bukan melambangkan keadaan sebenar. Mungkin mereka sedang menahan kesakitan.. Cuma disembunyikan daripada anak-anak yang jauh supaya tak nak kami risau.Lepas call mak terus sms abang sorang lagi yang kini sedang menunaikan umrah di tanah suci. Dia dah tahu cuma bila telefon rumah, x dak orng yg angkat. Mungkin kebtulan waktu tue busy. Tak pe abang, call lagi. Doakan kesejahteraan kami sekeluarga mengambil berkat abang semasa berada di tanah suci..
Alhamdulillah, bila abang saya dari KL balik ke Kedah untuk lihat sendiri keadaan mak abah, abang saya kata mak abah x de apa sangat yg kritikal. Syukur kepada tuhan.
Berbalik kepada catatan bulan nie... rasanya banyak juga benda yang terpendam dalam diri ini. Kadang-kadang sms dengan seseorang yg dekat dgn kita.... tapi jawapannya cukup menyiksakan mata yg membaca..... kadang-kadang tue berurusan dengan orng yg ingin membawa tarbiyyah kepada orng bawahan, tetapi dirinya sendiri jauh dari tarbiyyah. Hanya memilih masa tertentu, hanya memilih pentarbiyyah tertentu.
Rasanya banyak juga yg terpaksa aku korbankan hak diri ini untuk orang lain pada tahun ini. Dari masa, ilmu, fizikal dan sebagainya. Dipandang sinis, dirasakan hanya berguna pada waktu-waktu tertentu saja. Tidur yang awal pada tahun nie pun boleh dibilang. X sampai rasanya 20 hari sehingga hari ini. Tidur kadang-kadang menjangkau pukul 5 pagi. Bukan kerana bola, bukan kerana berseloka, bukan kerana bekerja., tetapi menyelesaikan masalah orang yang berbalik kepada diri ini yang hina.
Mungkin belum cukup lagi amalan baik aku selama ini. Itu sudah pasti. Tapi bukan itu yang aku takutkan, aku takutkan segala amalan baik itu tidak diterima Allah. Alangkah ruginya aku pada waktu itu. Seringkali apabila tidur lewat, aku merasakan seperti kematian berada dibelakang badanku. Banyak sudah pengalaman orang yg aku kenal mati terkejut di waktu pagi. Ya Allah..... adakah ini ujian untuk menguji hambamu ini....
Mungkin anda boleh bayangkan apa yang anda buat jika orang datang berjumpa dengan k
anda ingin meminta pertolongan anda. Contohnya,'kalau saya hantar PC malam nie, besok pagi boleh tak siap?”
‘Kalau saya nak siap mlm nie jugak boleh tak ”
‘kaulah yang buat, takkan aku lagi’
’saya nak juga bena nie siap?”
Itu adalah sebahagian daripada beberapa cerita...... fikir-fikirkanlah.
Mungkin boleh aku coretkan sedikit pengalaman aku nanti dalam memperbaiki komputer dan laptop. Banyak benda yang kdng-kdng kecil tetapi tidak dianggap berat oleh orang yg ingin meminta pertolongan. Contohnya.
Cd rom rosak
X backup fail-fail penting dalam c
X bagi cd driver
X bagi charger
X bagi masa untuk siapkan
Kan susah tue.... bayangkanlah perkhidmatan yg disediakan adalah cukup menarik. Kerana apa. Kerana tiada bayaran tetap dikenakan. Kalau dia bagi upah pun saya akan menolak dengan sebaik mungkin. Itulah keistimewaan perkhidamatan yg disediakan. Tapi cuba bayangkan kalau repair kat kedai format saja RM30, install software RM 20 dah jadi RM 50. tempoh siap plak kat kedai menjangkau 3-7 hari.
Walaupun ada yg memahami masalah yang dihadapi, tetapi ramai lagi yg masih menggunakan peluang yang ada. Peluang apa ye??? Peluang untuk menggunakan ilmu yang aku ada nie. X tahulah. Sebab itu ada orang pernah berkata janganlah kita menggunakan masa senang orang lain untuk kesenangan diri kita. Berubahlah wahai sahabat-sahabatku.
Berbalik kepada masalah kedua, jarang sekali kita mengorbankan masa kita untuk orang lain. Lihatlah, jika diamanahkan sesuatu, sukar untuk mereka menghadiri sesuatu. Begitu juga, kesibukan yang kita ada menyebabkan kdng-kdng kita meny
isihkan nikmat masa lapang kita secara senagaja. Tidak guna kita bercakap untuk memperjuangkan islam, kita nak kembali kepada islam, kita nak berada di saf-saf hadapan, sedangkan kita sendiri yang lalai. Apalah gunanya kita rajin bertahajud malam, tetapi masih tidak bisa membersihkan hati kita yg kotor ini. Kita hanya baik di depan orang-orang tertentu. Kita hanya memilih orang-orang tertentu untuk menjadi ketua kita. Kalau dia salah, katakan salah, tegurlah dia dengan cara yang hikmah. Bukannya dengan cara memboikot, meminggirkan, memulaukan dan sebagainya.Kenapa perlu untuk kita jauhkan diri kita daripada sahabat-sahabat yang sama agamanya, sama tarbiyyahnya, sama dari pelbagai sudut yg lain. Adakah kita terlalu haraki dalam perjuangan ini sehingga kita merasakan bahawa kita adalah yg terhebat. Sebusuk-busuk sahabat kita yang muslim, mungkin suatu hari nanti dia akan menyembahyangkan solat jenazah kita. Sebusuk-busuk sahabat kita yang muslim, mana tahu suatu hari nanti kerana doanya pada seluruh muslimin dan muslimat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur.

Mengapa perlu kita mengasingkan diri dengan orang lain..... baik sangatkah kita? Mulia sangatkah kita? Bagus sangatkah kita? Ingatlah, fitrah manusia itu dijadikan kita saling bergantungan antara satu sama lain. Baliklah kepada landasan asal tarbiyyah. Mungkin kita boleh kata, aku boleh ikut tarbiyyah dengan orng lain??? Kalau nak jadi bagus pun x semestinya melalui tarbiyyah. Memang benar. Tarbiyyah bukan segala-galanya. Tapi dari tarbiyyah itulah bermula segala-galanya.
Entahlah. Apa yang aku coretkan ini bukanlah ingin menghentam sesiapa. Tetapi suapaya menjadi panduan diriku supaya tidak menjadi seperti mereka yang aku ceritakan di atas. Maafkan diri ini jika ada yang tersinggung dengan diri ini dan luahan rasa ini. Aku yang tidak mengerti permasalahan manusia. Hanya Allah saja yang tahu apa masalah sebenar kita. Moga Allah merahmati kita dengan taufiq dan hidayahnya. Moga Allah menyirami semula hati-hati kita untuk menyuburkan pneyuburan iman yang semakin malap. Moga Allah membersihkan diri kita dari segala kekotoran hati ini.
Mulai malam nie jugak sehinggalah mingu hadapan, bermula setela
h waktu isyak hingga waktu subuh kecuali pada hari sabtu dan isnin, diri ini ingin bersendirian. Segala sesuatu yang menjadi kelaziman akan terhenti buat seketika untuk diri ini. Bukan merajuk, bukan kecewa, tetapi ingin mengembailkan hati kepada landasan asal. Jika ada sesuatu yang penting, melalui ICT lah kita berkomunikasi. Moga muhasabah ini akan membuatkan diriku lebih takut dengan Allah. Moga muhasabah ini juga memberikan aku suatu kekuatan baru dalam menghadapi masalah mendatang. Jumaat, 27 Mac 2009
:: Nur Madihah ::
Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.
Lebih baik bumi ini dipenuhi tempat-tempat ibadat yang disuluhi cahaya lilin daripada dipenuhi disko-disko yang diterangi cahaya lampu-lampu neon...
Khamis, 5 Mac 2009
:: Dari Jiwaku Untukmu Sahabatku Tercinta ::
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insya-Allah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya,
kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selaindari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinyayang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku,
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis
oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati,
lalu dimanakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajahmenampakkan kebahagiaan yang penuhkepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satupunyang membuat kita lebih di hadapan-Nyaselain ketakwaan.
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih
bergelut terus dengan kefanaan.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit,
jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling,
memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya
"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,pada taat kepadaMu dan dakwah dijalanMu "
Wallahualam bisshawab. Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalumenemani di kala hati "lelah".
Sabtu, 14 Februari 2009
:: Bila Al-Quran Mula Berbicara ::
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wuduk', Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertakwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapahalaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesennya radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favoritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah SWT
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Quran",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
