Rabu, 6 Mei 2009

:: Maafkan Aku Wahai Teman... ::

Maafkan aku wahai teman...

Ketahuilah yang aku tak berniat untuk melukakan hatimu
Tidak terlintas pada fikiranku untuk menguris hatimu
Namun kadang-kadang dek kepenatan
juga tekanan yang memanjang
Terkadang aku hilang pertimbangan

Maafkan aku wahai teman...
Aku cuba bawa dirimu ke suatu sudut untuk diperhatikan
Aku mahu mereka mengenalimu dengan penuh keselesaan
Tapi aku fikir dirimu tak sabar inginkan perubahan
Itu sebab aku tegur, bukan apa, sekadar peringatan

Maafkan aku wahai teman...
Teringat pesan guruku
Kita yang baru kenal Islam
Jangan sesekali musnahkan dakwah
Dakwah para ulamak yang telah lama memulakan.

Maafkan aku wahai teman...
Ketahuilah ramai yang telah memulakan
Ramai juga yang semangat macam kalian
Bertahun belajar di perantauan tentang apa itu Islam
Berdasarkan sunnah apatah lagi al-Qur’an
Balik ke tanah air mereka teruskan perjuangan
Tapi masalahnya ramai yang menentang
Bukan kerana tak mahukan kebenaran
Tapi kerana kita yang terkadang hilang pertimbangan
Akhirnya ramai yang semakin berjauhan
Itulah hasilnya bila tak sabar inginkan perubahan

Maafkan aku wahai teman...
Aku bukan tidak mengerti apa hasrat kalian
Jauh lagi menjadi penentang kepada kesyumulan Islam
Kalaulah begitu angapan diriku terhadap dirimu wahai teman
Akulah antara insan yang akan pastikan dirimu dibuang
Namun ketahuilah yang aku membela dirimu bila dipersoalkan
Kukatakan dirimu banyak berjasa untuk Islam
Terutamanya di kampus kita yang tersayang
Hasilnya mereka kekalkan statusmu walaupun ada yang keberatan

Maafkan aku wahai teman...
Aku marah bukan kerana benci
Tapi kerana sayang
Sayang akan hasrat dirimu yang cita-citanya menjulang
Pesanku buat kalian jangan hilangkan kepercayaan
Lepercayaan yang telah diberikan
Lebih-lebih lagi bila diberi peluang

Maafkan aku wahai teman...
Mungkin ramai yang tak faham apa yang aku maksudkan
Hanya yang berkenaan mampu mentafsirkan
Cukuplah hanya dirimu yang faham
Kerana itulah satu-satunya tujuan

Maafkan aku wahai teman...
Pesanku buat diri kalian, teruskanlah perjuangan
Tampa perlu menoleh kebelakang
Karenah mereka yang menentang tak usah dipedulikan
Teruskan perjuangan selagi hayat dikandung badan

Insan yang mengharapkan kemaafan dan keredhaan dari.......

Read more...

Sabtu, 11 April 2009

:: Sekadar Renungan ::

Read more...

Rabu, 8 April 2009

:: Hmm….. Debaran Hati ……Luahan Rasa. ::

Macam mana nak mula coretkan kisah hari nie. Tentang mak abah. Baru lepas baca blog abang saya. Dapat tahu yang mak ngan abah terlibat ngan kemalangan kecil. Abang saya plak tahu melalui abang saya yg satu lagi faizol.. kira berangkailah. Memang dah jadi sesuatu dalam keluarga saya, apabila ada perkara terjadi ianya kaan cuba dirahsiakan kepada adik beradik yang dok jauh. Tujuannya hanya satu, tak nak bagi risau.

Namun yang paling dirisaukan bukan apa. Bukan kecil atau besar kemalangan tue, tapi usia mereka yang dah lanjut. Kesian kat mak ngan abah. Ada lagi ujian yg datang dalam kehidupan di usia emas. Sebaik saja tahu terus call mak tanya macam mana keadaan. Alhamdulillah, dengar suaranya, sudah menceriakan saya. Tapi suara bukan melambangkan keadaan sebenar. Mungkin mereka sedang menahan kesakitan.. Cuma disembunyikan daripada anak-anak yang jauh supaya tak nak kami risau.

Lepas call mak terus sms abang sorang lagi yang kini sedang menunaikan umrah di tanah suci. Dia dah tahu cuma bila telefon rumah, x dak orng yg angkat. Mungkin kebtulan waktu tue busy. Tak pe abang, call lagi. Doakan kesejahteraan kami sekeluarga mengambil berkat abang semasa berada di tanah suci..

Alhamdulillah, bila abang saya dari KL balik ke Kedah untuk lihat sendiri keadaan mak abah, abang saya kata mak abah x de apa sangat yg kritikal. Syukur kepada tuhan.

Berbalik kepada catatan bulan nie... rasanya banyak juga benda yang terpendam dalam diri ini. Kadang-kadang sms dengan seseorang yg dekat dgn kita.... tapi jawapannya cukup menyiksakan mata yg membaca..... kadang-kadang tue berurusan dengan orng yg ingin membawa tarbiyyah kepada orng bawahan, tetapi dirinya sendiri jauh dari tarbiyyah. Hanya memilih masa tertentu, hanya memilih pentarbiyyah tertentu.

Rasanya banyak juga yg terpaksa aku korbankan hak diri ini untuk orang lain pada tahun ini. Dari masa, ilmu, fizikal dan sebagainya. Dipandang sinis, dirasakan hanya berguna pada waktu-waktu tertentu saja. Tidur yang awal pada tahun nie pun boleh dibilang. X sampai rasanya 20 hari sehingga hari ini. Tidur kadang-kadang menjangkau pukul 5 pagi. Bukan kerana bola, bukan kerana berseloka, bukan kerana bekerja., tetapi menyelesaikan masalah orang yang berbalik kepada diri ini yang hina.

Mungkin belum cukup lagi amalan baik aku selama ini. Itu sudah pasti. Tapi bukan itu yang aku takutkan, aku takutkan segala amalan baik itu tidak diterima Allah. Alangkah ruginya aku pada waktu itu. Seringkali apabila tidur lewat, aku merasakan seperti kematian berada dibelakang badanku. Banyak sudah pengalaman orang yg aku kenal mati terkejut di waktu pagi. Ya Allah..... adakah ini ujian untuk menguji hambamu ini....

Mungkin anda boleh bayangkan apa yang anda buat jika orang datang berjumpa dengan kanda ingin meminta pertolongan anda. Contohnya,

'kalau saya hantar PC malam nie, besok pagi boleh tak siap?”

‘Kalau saya nak siap mlm nie jugak boleh tak ”
‘kaulah yang buat, takkan aku lagi’
’saya nak juga bena nie siap?”

Itu adalah sebahagian daripada beberapa cerita...... fikir-fikirkanlah.

Mungkin boleh aku coretkan sedikit pengalaman aku nanti dalam memperbaiki komputer dan laptop. Banyak benda yang kdng-kdng kecil tetapi tidak dianggap berat oleh orang yg ingin meminta pertolongan. Contohnya.

Cd rom rosak
X backup fail-fail penting dalam c
X bagi cd driver
X bagi charger
X bagi masa untuk siapkan

Kan susah tue.... bayangkanlah perkhidmatan yg disediakan adalah cukup menarik. Kerana apa. Kerana tiada bayaran tetap dikenakan. Kalau dia bagi upah pun saya akan menolak dengan sebaik mungkin. Itulah keistimewaan perkhidamatan yg disediakan. Tapi cuba bayangkan kalau repair kat kedai format saja RM30, install software RM 20 dah jadi RM 50. tempoh siap plak kat kedai menjangkau 3-7 hari.

Walaupun ada yg memahami masalah yang dihadapi, tetapi ramai lagi yg masih menggunakan peluang yang ada. Peluang apa ye??? Peluang untuk menggunakan ilmu yang aku ada nie. X tahulah. Sebab itu ada orang pernah berkata janganlah kita menggunakan masa senang orang lain untuk kesenangan diri kita. Berubahlah wahai sahabat-sahabatku.

Berbalik kepada masalah kedua, jarang sekali kita mengorbankan masa kita untuk orang lain. Lihatlah, jika diamanahkan sesuatu, sukar untuk mereka menghadiri sesuatu. Begitu juga, kesibukan yang kita ada menyebabkan kdng-kdng kita menyisihkan nikmat masa lapang kita secara senagaja. Tidak guna kita bercakap untuk memperjuangkan islam, kita nak kembali kepada islam, kita nak berada di saf-saf hadapan, sedangkan kita sendiri yang lalai. Apalah gunanya kita rajin bertahajud malam, tetapi masih tidak bisa membersihkan hati kita yg kotor ini. Kita hanya baik di depan orang-orang tertentu. Kita hanya memilih orang-orang tertentu untuk menjadi ketua kita. Kalau dia salah, katakan salah, tegurlah dia dengan cara yang hikmah. Bukannya dengan cara memboikot, meminggirkan, memulaukan dan sebagainya.

Kenapa perlu untuk kita jauhkan diri kita daripada sahabat-sahabat yang sama agamanya, sama tarbiyyahnya, sama dari pelbagai sudut yg lain. Adakah kita terlalu haraki dalam perjuangan ini sehingga kita merasakan bahawa kita adalah yg terhebat. Sebusuk-busuk sahabat kita yang muslim, mungkin suatu hari nanti dia akan menyembahyangkan solat jenazah kita. Sebusuk-busuk sahabat kita yang muslim, mana tahu suatu hari nanti kerana doanya pada seluruh muslimin dan muslimat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur.

Mengapa perlu kita mengasingkan diri dengan orang lain..... baik sangatkah kita? Mulia sangatkah kita? Bagus sangatkah kita? Ingatlah, fitrah manusia itu dijadikan kita saling bergantungan antara satu sama lain. Baliklah kepada landasan asal tarbiyyah. Mungkin kita boleh kata, aku boleh ikut tarbiyyah dengan orng lain??? Kalau nak jadi bagus pun x semestinya melalui tarbiyyah. Memang benar. Tarbiyyah bukan segala-galanya. Tapi dari tarbiyyah itulah bermula segala-galanya.

Entahlah. Apa yang aku coretkan ini bukanlah ingin menghentam sesiapa. Tetapi suapaya menjadi panduan diriku supaya tidak menjadi seperti mereka yang aku ceritakan di atas. Maafkan diri ini jika ada yang tersinggung dengan diri ini dan luahan rasa ini. Aku yang tidak mengerti permasalahan manusia. Hanya Allah saja yang tahu apa masalah sebenar kita. Moga Allah merahmati kita dengan taufiq dan hidayahnya. Moga Allah menyirami semula hati-hati kita untuk menyuburkan pneyuburan iman yang semakin malap. Moga Allah membersihkan diri kita dari segala kekotoran hati ini.

Mulai malam nie jugak sehinggalah mingu hadapan, bermula setelah waktu isyak hingga waktu subuh kecuali pada hari sabtu dan isnin, diri ini ingin bersendirian. Segala sesuatu yang menjadi kelaziman akan terhenti buat seketika untuk diri ini. Bukan merajuk, bukan kecewa, tetapi ingin mengembailkan hati kepada landasan asal. Jika ada sesuatu yang penting, melalui ICT lah kita berkomunikasi. Moga muhasabah ini akan membuatkan diriku lebih takut dengan Allah. Moga muhasabah ini juga memberikan aku suatu kekuatan baru dalam menghadapi masalah mendatang.

Read more...

Jumaat, 27 Mac 2009

:: Nur Madihah ::

Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.


Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!

Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut suboh pun tak terkejut!!Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui samada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan samada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.

Saya terbaca laporan bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja.Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.Ameen ya robbal 'alamin..

Lebih baik berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan sucibersih daripada terbang di angkasa sebagai pencuri
Lebih baik bumi ini dipenuhi tempat-tempat ibadat yang disuluhi cahaya lilin daripada dipenuhi disko-disko yang diterangi cahaya lampu-lampu neon...

Read more...

Khamis, 5 Mac 2009

:: Dari Jiwaku Untukmu Sahabatku Tercinta ::

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insya-Allah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya,
kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selaindari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinyayang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku,
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis
oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati,
lalu dimanakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajahmenampakkan kebahagiaan yang penuhkepalsuan.

Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satupunyang membuat kita lebih di hadapan-Nyaselain ketakwaan.
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih
bergelut terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit,
jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling,
memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,pada taat kepadaMu dan dakwah dijalanMu "

Wallahualam bisshawab. Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalumenemani di kala hati "lelah".

Read more...

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP