Jumaat, 31 Oktober 2008

:: Sombong & Takbur, Apa Ubatnya??? ::

Sekadar ingin berkongsi dengan semua didunia cyber ini. Dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran ini tidak dapat tidak kita akan mengalami kekentalan dan kemunduran emosi. Dan apabila kita mengalami krisis hidup dan pelbagai masalah mengelilingi kepala kita akan mudah tewas dengan pujukan syaitan dan mula hilang pertimbangan. Tekanan emosi akan lebih mencengkam jika kita tidak menemukan jalan keluar bagi masalah yang dihadapi. Lalu kita akan meluahkannya sama ada memendamkan sahaja yang meningkatkan masalah stress, marah atau menangis sebagai jalan untuk meluahkan perasaan ini.

Setiap orang tidak boleh tidak ada sikap riak, takabbur, bongkak, sombong. Tak kiralah samada ahli politik, menteri, imam, bilal, ulamak, jurutera bahkan buruh kasar sekali pun ada sikap ini. Sikap inilah yang akan menjauhkan diri kita dari syurga dan mendekatkan kita ke neraka Allah.

Untuk mengubati penyakit ini memang payah. Ianya akan sentiasa datang setelah diubati. Oleh itu haruslah sentiasa diubati. Perlu banyak mengingati Allah, banyak beristighfar, menurut segala perintahNya, hormat ibu bapa dan sebagainya. Antara ubat yang mujarab untuk penyakit ini ialah dengan banyak mengingati mati. Banyak ziarah jenazah, ziarah kubur. Banyak lihat mereka yang nazak kematian. Banyakkan mandi jenazah teman-teman kita, saudara kita. Usung jenazah . Peluk jenazah. Mandikan jenazah. Bawa van jenazah, masukkan jenazah ke liang lahad dan sebagainya.

Itu sebabnya kita lihat bilal yang menguruskan jenazah, jiwa mereka ini tenang. Mereka tak banyak mengata. Syawal ini telah ramai mereka yang saya kenali kembali ke pangkuan Ilahi. Ada yang sempat saya ziarah, ada yang tidak sempat.

Ingat mati bukannya sampai kita hilang semangat tak boleh buat kerja. Ingat mati supaya kita kerja sungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan, dalam pada masa yang sama kita sentiasa ingat pada Allah. Beribadahlah seolah kita akan mati esok hari, bekerjalah seolah kita akan hidup selama-lamanya. Kalau semua kita banyak mengingati mati dalam erti kata sebenarnya mungkin banyak penyakit lain akan sembuh, dengki, khianat, fitnah, adu domba, rasuah, menipu dan sebagainya.

Tetapi ingatlah wahai manusia bahawa dunia adalah sementara dan kampung Akhirat itu adalah kekal dan hakiki bagi kita umat manusia. Ingatlah bahawa nenek moyang kita nabi Adam dan Hawa telah dikeluarkan oleh tipu daya syaitan dari Syurga. Kemudian selepas mereka bertaubat dan diampun dosa oleh Allah, mereka kembali ke tempat asal yang sebenar iaitu Syurga.

Dan Syaitan dan iblis masih meneruskan misi mereka untuk mencari anak cucu Adam untuk menemani mereka dalam menuju jalan Neraka Jahannam. Dan Dunia ini tidak layak ditangisi kerana ia lebih hina dari bangkai, seperti diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah.

Jabir bin Abdullah, mengabarkan bahawa Rasulullah pernah melewati sebuah pasar hingga kemudian banyak orang yang mengelilinginya. Sesaat kemudian beliau melihat bangkai anak kambing yang cacat telinganya. Beliau mengambil dan memegang telinga kambing itu seraya bersabda, ”Siapa di antara kalian yang mau memiliki anak kambing ini dengan harga satu dirham.” Para sahabat menjawab, ”Kami tidak mau anak kambing itu menjadi milik kami walau dengan harga murah, lagi pula apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai ini?” Kemudian Rasulullah berkata lagi, ”Apakah kalian suka anak kambing ini menjadi milik kalian?” Mereka menjawab, ”Demi Allah, seandainya anak kambing ini hidup, maka ia cacat telinganya. Apalagi dalam keadaan mati.”Mendengar pernyataan mereka, Nabi bersabda, ”Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini untuk kalian.” (Hadis Riwayat Muslim).

Muhasabah dan renungan untuk diriku ini

Pohon Yang Berguna
31 Oktober 2008

Read more...

Khamis, 30 Oktober 2008

:: Kerak Nasi Untuk Mak... ::

Walaupun sudah dibaca berulang kali namun tidak terasa jemu bila terkenangkan kasih serta pengorbanan seorang ibu... pada mereka yg bertitle ibu, is it true?Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang .orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati....Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu jugajawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.AMIN...

Sekian,
Pohon Yang Berguna

Read more...

Selasa, 28 Oktober 2008

:: Monolog Jiwa ::

Read more...

Isnin, 27 Oktober 2008

:: Putus Cinta??? Berfikirlah Sejenak ::

Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'. 'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, mengadakan perbincangan dan ada juga yang kelihatan kelam-kabut menyiapkan 'assignment'.

Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang dirancang, saya akan mencari tempat kegemaran saya belajar iaitu di ruang tempat duduk individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding. Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan dengan tempat itu. Jika saya memilih tempat lain, sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan dengan tempat tersebut terlebih dahulu.

Melihat suasana sekitarnya, mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya dan sebagainya. Agak membazir masa. Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku di atas meja, pandangan mata saya sedia tertumpu pada tulisan yang tertulis di atas meja tersebut. Dengan pensil. Aku baru saja putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension gila aku waktu 2…Pedih betul rasa di hati ini…minah tu pula macam lah tak ada org lain. Boyfwenz aku juga dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar. Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university.

Oh…no! DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa. Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi. Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas, dengan pen.

Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. Apapun, respon yang diberi mungkin sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.Cinta itu buta…Redha saja lah…Ada hikmahnya…Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Oh, bisa penangan cinta!

Aduhai…Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. Matanya merah, berair dan bengkak. Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata. Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we. Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing. Hanya tangisan menjadi peneman. Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya termasuklah menjadikan beg tangannya sebagai tempat membuang sampah, dia masih lagi mampu bersabar. Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja. Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban. Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Remuk hatinya.

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.”

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'.


Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga. Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan ::

Read more...

Ahad, 26 Oktober 2008

:: Sekadar Berkongsi Rasa, Moga Ada Manfaatnya ::

. تحية مباركة من عند الله و تحية اهل الجنة السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.



Keheningan pagi membuatkan aku terasa sepi di pagi hari. Menjengah mata ini ke luar melihat jajaran bilik-bilik yang gelap dengan diisi penghuninya yang sedang dilamun mimpi. Tergerak di hati untuk menulis sedikit bingkisan rasa, cetusan idea dan luahan minda setelah membaca artikel sahabatku saudara Mohd Nazirul Izzat di blognya. Seminggu yang berlalu dengan penuh ujian dan dugaan. Pelbagai masalah aku hadapi. Namun mengenangkan pengorbanan anbia dan rasulnya dalam menegakkan syiar Islam ini membuatkan aku rasa bahawa ini hanyalah cebisan ujian yang ada. Sedih melihat kekurangan diri ini berbanding nikmat yang telah diberikan oleh tuhan yang maha pencipta.

Maka bermulalah kisahnya dengan hati aku d
iruntun oleh emosi yang tidak dapat aku tahan selama ini. Rasa sedih, kasihan, marah, kecewa dan gembira dengan apa yang terjadi. Namun semua ini adalah hakikat yang terpaksa diterima oleh sesiapa jua yang melaluinya. Muhammad Hafiz Bin Atan, pelajar semester 2 ijazah sarjana muda pendidikan telah diuji oleh Allah dengan kesakitan. Kesakitan yang mungkin tidak biasa aku tanggung jika ia ditakdirkan ke atas diriku. Pelbagai pendapat menjelma keluar dari setiap bibir yang kononnya bergelar manusia yang beriman dan bersaudara atas agama Allah. Ada yang mengatakan dia terkena rasukan. Ada yang mengatakan dia menghadapi masalah mental. Ada yang mengatakan dia disihir dan sebagainya. Namun, demi tuhan yang menciptakan segala sesuatu dan mengetahui sesuatu bahawa hanya orang yang sentiasa berada di sekelilingnya saja yang mengetahui masalah sebenarnya.

Mari kita fikirkan... apakah yang Islam ajarkan kepada kita jika kita mendapat tahu bahawa saudara yang seagama dengan kita, sedang mengalami kesakitan. Tidak kiralah kesakitan itu berupa fizikal atau mental, rohani atau jasmani, besar atau kecil....... Adakah Islam mengajarkan kita supaya mentertawakannya??? Adakah Islam mengajar kita untuk mengejeknya??? Adakah Islam mengajar kita untuk bertanyakan adakah dia manusia atau syaitan??? Malah ada yang sanggup mempermainkannya dengan meminta nombor ekor??? Nauzubillahi Min Zalik. Apakah perasaan orang yang mengalami kesakitan jika ia mendengar semua kata-kata ini??? Tentu penyakitnya semakin bertambah teruk. Wahai saudaraku, berfikirlah sejenak.... kehidupan kita hanya sementara. Allah telah menerangkan Surah Al-Ankabut bahawa adakah manusia itu dikira beriman dengan mengatakan bahawa kami beriman sedangkan di belum diuji??? Wahai saudaraku, berfikirlah lagi... apakah yang patut kita lakukan semasa saudara kita diuji dengan kesakitan??? Bukankah Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa apabila seorang saudara kita sedang sakit maka perbanyakanlah doa kepada Allah memohon kesembuhan dari penyakit yang dialami. Tetapi, mengapa ini yang tidak kita lakukan. Wahai saudaraku, cubalah kita berfikir dengan mata hati, cuba kita tempatkan kedudukan kita terhadap apa yang dialami oleh orang yang sakit. Pasti kita akan memahaminya.

Pengalaman menguruskan kes Hafiz ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada diri ku ini. Terasa bahawa di dalam setiap kesusahan itu terselit kemudahan. Banyak nilai yang melekat di dalam hatiku ini dengan dekatnya diriku kepada seseorang yang banyak membantu kami dalam menguruskan saudaraku ini. Encik Sabri, Encik Fauzi dan Tn. Haji Zulkifli. Jasa kalian hanya Allah saja yang membalasnya. Tidak dapat aku bayangkan beberapa persoalan sukar untuk aku mengertikan jawapannya. Antaranya, Apakah hubungannya orang yang membantu kami ini sedangkan kami tiada pertalian persaudaraan dengannya? Maha Suci Allah, jawapannya hanyalah satu. Itulah Ukhwah fillah. Ukhwah yang sejati. Ukhwah yang tidak mampu ditandingi oleh ramai pasangan muda hari ini yang bercinta bukan kerana Allah. TERIMA KASIH. Mungkin 2 perkataan ini tidak mampu untuk menzahirkan perasaan terima kasih kami ini. Tetapi itulah saja yang mampu kami ucapkan. Kepada En Sabri yang banyak membantu perjalanan kes ini dari Kolej kediaman ke Hospital Besut. Kepada En Fauzi yang banyak membantu dan memberikan sokongan moral kepada kami di Kota Bharu. Dan terakhir dan teristimewa ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Zulkifli Abdul Rahman yang telah memberikan kami layanan yang istimewa, yang telah menginfakkan makan dan minum kepada kami semua, yang sanggup menginfakkan rumahnya untuk kami melepaskan kepenatan di malam hari, yang sanggup membantu kami dari permulaan kemasukan Hafiz ke wad sehinggalah Hafiz dibenarkan keluar. Sesungguhnya jasa kalian semua, hanya tuhan dapat membalasnya.

Demi Allah yang telah menjadikan manusia dengan pelbagai bentuk kejadian. Demi Allah juga ya
ng telah menjadikan bumi dan langit ini sebagai salah satu tanda kebesarannya. Demi Allah juga yang telah memudahkan saya untuk menghadapi kes ini dari awalnya hingga akhirnya.

Menitis air mata ini mengenang betapa jahilnya manusia ini selagi mana mereka tidak ditimpa ujian. Menitis air mata ini mengenangkan sesuatu yang sukar dapat diselesaikan dengan baik dan lancar. Menitis air mata ini mengenangkan betapa besarnya rahmat Allah kepada hambanya yang kerdil ini. Terasa bahawa indahnya bila Allah sentiasa dalam pengharapan apabila kita susah. Namun sedih hati ini, apabila mengenangkan kita sebagai manusia sentiasa melupai Allah apabila kita dalam situasi yang tenang dan selesa. Ya Allah... sesungguhnya engkau mengetahui bahawa Hamba-Mu ini adalah daif , maka en
gkau kuatkanlah Hamba-Mu ini. Ya Allah... sesungguhnya engkau mengetahui bahawa ada Hamba-Mu ini yang sakit, maka engkau sembuhkanlah ia dengan rahmatmu. Sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripadamu ya Allah. Ya Allah, engkau mengetahui bahawa setiap ujian itu ada hikmahnya, maka engkau sabarkanlah kami dengan ujian yang sedang dan bakal menimpa. Ya Allah... sesungguhnya segala sesuatu itu datangnya daripada engkau ya Allah, Maka hambamu ini redha di atas segala ketentuan mu ya Allah. Sekian saja coretan untuk pagi yang indah ini.

Salah satu hal yang perlu dipohonkan kepada Allah ialah dijauhkan daripada perasaan sudah sempurna kerana pada saat seseorang itu merasa dirinya sempurna di situlah kelemahannya.

Pohon Yang Berguna
26 Oktober 2008
2.24 Pagi





وبا الله التوقيق والهداية و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Read more...

Sabtu, 25 Oktober 2008

:: Pengorbanan Ibu ::


Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.


Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...Renungkan...Hayatilah dan Fikirlah....sebelum terlambat.

:: Catatan : Kisah diatas bukanlah kisah yang berlaku kepada diri saya tetapi merupakan bingkisan pengalaman ke atas apa yang berlaku terhadap mereka yang bergelar ibu::

Read more...

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP