Ahad, 26 Oktober 2008

:: Sekadar Berkongsi Rasa, Moga Ada Manfaatnya ::

. تحية مباركة من عند الله و تحية اهل الجنة السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.



Keheningan pagi membuatkan aku terasa sepi di pagi hari. Menjengah mata ini ke luar melihat jajaran bilik-bilik yang gelap dengan diisi penghuninya yang sedang dilamun mimpi. Tergerak di hati untuk menulis sedikit bingkisan rasa, cetusan idea dan luahan minda setelah membaca artikel sahabatku saudara Mohd Nazirul Izzat di blognya. Seminggu yang berlalu dengan penuh ujian dan dugaan. Pelbagai masalah aku hadapi. Namun mengenangkan pengorbanan anbia dan rasulnya dalam menegakkan syiar Islam ini membuatkan aku rasa bahawa ini hanyalah cebisan ujian yang ada. Sedih melihat kekurangan diri ini berbanding nikmat yang telah diberikan oleh tuhan yang maha pencipta.

Maka bermulalah kisahnya dengan hati aku d
iruntun oleh emosi yang tidak dapat aku tahan selama ini. Rasa sedih, kasihan, marah, kecewa dan gembira dengan apa yang terjadi. Namun semua ini adalah hakikat yang terpaksa diterima oleh sesiapa jua yang melaluinya. Muhammad Hafiz Bin Atan, pelajar semester 2 ijazah sarjana muda pendidikan telah diuji oleh Allah dengan kesakitan. Kesakitan yang mungkin tidak biasa aku tanggung jika ia ditakdirkan ke atas diriku. Pelbagai pendapat menjelma keluar dari setiap bibir yang kononnya bergelar manusia yang beriman dan bersaudara atas agama Allah. Ada yang mengatakan dia terkena rasukan. Ada yang mengatakan dia menghadapi masalah mental. Ada yang mengatakan dia disihir dan sebagainya. Namun, demi tuhan yang menciptakan segala sesuatu dan mengetahui sesuatu bahawa hanya orang yang sentiasa berada di sekelilingnya saja yang mengetahui masalah sebenarnya.

Mari kita fikirkan... apakah yang Islam ajarkan kepada kita jika kita mendapat tahu bahawa saudara yang seagama dengan kita, sedang mengalami kesakitan. Tidak kiralah kesakitan itu berupa fizikal atau mental, rohani atau jasmani, besar atau kecil....... Adakah Islam mengajarkan kita supaya mentertawakannya??? Adakah Islam mengajar kita untuk mengejeknya??? Adakah Islam mengajar kita untuk bertanyakan adakah dia manusia atau syaitan??? Malah ada yang sanggup mempermainkannya dengan meminta nombor ekor??? Nauzubillahi Min Zalik. Apakah perasaan orang yang mengalami kesakitan jika ia mendengar semua kata-kata ini??? Tentu penyakitnya semakin bertambah teruk. Wahai saudaraku, berfikirlah sejenak.... kehidupan kita hanya sementara. Allah telah menerangkan Surah Al-Ankabut bahawa adakah manusia itu dikira beriman dengan mengatakan bahawa kami beriman sedangkan di belum diuji??? Wahai saudaraku, berfikirlah lagi... apakah yang patut kita lakukan semasa saudara kita diuji dengan kesakitan??? Bukankah Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa apabila seorang saudara kita sedang sakit maka perbanyakanlah doa kepada Allah memohon kesembuhan dari penyakit yang dialami. Tetapi, mengapa ini yang tidak kita lakukan. Wahai saudaraku, cubalah kita berfikir dengan mata hati, cuba kita tempatkan kedudukan kita terhadap apa yang dialami oleh orang yang sakit. Pasti kita akan memahaminya.

Pengalaman menguruskan kes Hafiz ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada diri ku ini. Terasa bahawa di dalam setiap kesusahan itu terselit kemudahan. Banyak nilai yang melekat di dalam hatiku ini dengan dekatnya diriku kepada seseorang yang banyak membantu kami dalam menguruskan saudaraku ini. Encik Sabri, Encik Fauzi dan Tn. Haji Zulkifli. Jasa kalian hanya Allah saja yang membalasnya. Tidak dapat aku bayangkan beberapa persoalan sukar untuk aku mengertikan jawapannya. Antaranya, Apakah hubungannya orang yang membantu kami ini sedangkan kami tiada pertalian persaudaraan dengannya? Maha Suci Allah, jawapannya hanyalah satu. Itulah Ukhwah fillah. Ukhwah yang sejati. Ukhwah yang tidak mampu ditandingi oleh ramai pasangan muda hari ini yang bercinta bukan kerana Allah. TERIMA KASIH. Mungkin 2 perkataan ini tidak mampu untuk menzahirkan perasaan terima kasih kami ini. Tetapi itulah saja yang mampu kami ucapkan. Kepada En Sabri yang banyak membantu perjalanan kes ini dari Kolej kediaman ke Hospital Besut. Kepada En Fauzi yang banyak membantu dan memberikan sokongan moral kepada kami di Kota Bharu. Dan terakhir dan teristimewa ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Zulkifli Abdul Rahman yang telah memberikan kami layanan yang istimewa, yang telah menginfakkan makan dan minum kepada kami semua, yang sanggup menginfakkan rumahnya untuk kami melepaskan kepenatan di malam hari, yang sanggup membantu kami dari permulaan kemasukan Hafiz ke wad sehinggalah Hafiz dibenarkan keluar. Sesungguhnya jasa kalian semua, hanya tuhan dapat membalasnya.

Demi Allah yang telah menjadikan manusia dengan pelbagai bentuk kejadian. Demi Allah juga ya
ng telah menjadikan bumi dan langit ini sebagai salah satu tanda kebesarannya. Demi Allah juga yang telah memudahkan saya untuk menghadapi kes ini dari awalnya hingga akhirnya.

Menitis air mata ini mengenang betapa jahilnya manusia ini selagi mana mereka tidak ditimpa ujian. Menitis air mata ini mengenangkan sesuatu yang sukar dapat diselesaikan dengan baik dan lancar. Menitis air mata ini mengenangkan betapa besarnya rahmat Allah kepada hambanya yang kerdil ini. Terasa bahawa indahnya bila Allah sentiasa dalam pengharapan apabila kita susah. Namun sedih hati ini, apabila mengenangkan kita sebagai manusia sentiasa melupai Allah apabila kita dalam situasi yang tenang dan selesa. Ya Allah... sesungguhnya engkau mengetahui bahawa Hamba-Mu ini adalah daif , maka en
gkau kuatkanlah Hamba-Mu ini. Ya Allah... sesungguhnya engkau mengetahui bahawa ada Hamba-Mu ini yang sakit, maka engkau sembuhkanlah ia dengan rahmatmu. Sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripadamu ya Allah. Ya Allah, engkau mengetahui bahawa setiap ujian itu ada hikmahnya, maka engkau sabarkanlah kami dengan ujian yang sedang dan bakal menimpa. Ya Allah... sesungguhnya segala sesuatu itu datangnya daripada engkau ya Allah, Maka hambamu ini redha di atas segala ketentuan mu ya Allah. Sekian saja coretan untuk pagi yang indah ini.

Salah satu hal yang perlu dipohonkan kepada Allah ialah dijauhkan daripada perasaan sudah sempurna kerana pada saat seseorang itu merasa dirinya sempurna di situlah kelemahannya.

Pohon Yang Berguna
26 Oktober 2008
2.24 Pagi





وبا الله التوقيق والهداية و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2 ulasan:

syabab islam 27 Oktober 2008 pada 11:45 PG  

maaf akhi fazli, ana nk btolkan skit ni.Nama penuh ana Mohd Nazirul Izzat, bukan Nadzirul.. hehe.. harap diperbetulkan, nnt lain plak makna kalu Nadzirul tue, hehe.. afwan ya akhi..

sir hans 30 Oktober 2008 pada 9:16 PG  

semoga Allah merahmati akh Fazli atas jalan Al-haq. sesungguhnya apa yg anda sedang akh lalui ini adalah proses tarbiyah terus dari Allah. tidak ramai org yg Allah pilih untuk mendapat tarbiyah seperti akh. Semoga akh terus merintis jalan ini sebaiknya.. ana harapkan akh Fazli sedia utk berkongsi segala macam perkara,kisah suka duka bersama team usrah induk sebelum akh melangkah pergi meninggalkan IPSMB.. akh adalah permata yg susah utk dijumpai n d miliki.. kehadiran akh ke sini mmg tlh di taqdirkn Allah utk sama2 berjuang mendaulat syiar Islam di Institut ini.. Semoga Allah merahmati akh atas landasan ini. ukhuwafillah abadan abada. ilalliqa'

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP