Jumaat, 27 Mac 2009

:: Nur Madihah ::

Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.


Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!

Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut suboh pun tak terkejut!!Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui samada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan samada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.

Saya terbaca laporan bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja.Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.Ameen ya robbal 'alamin..

Lebih baik berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan sucibersih daripada terbang di angkasa sebagai pencuri
Lebih baik bumi ini dipenuhi tempat-tempat ibadat yang disuluhi cahaya lilin daripada dipenuhi disko-disko yang diterangi cahaya lampu-lampu neon...

Read more...

Khamis, 5 Mac 2009

:: Dari Jiwaku Untukmu Sahabatku Tercinta ::

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insya-Allah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya,
kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,
cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selaindari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinyayang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku,
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis
oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati,
lalu dimanakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajahmenampakkan kebahagiaan yang penuhkepalsuan.

Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satupunyang membuat kita lebih di hadapan-Nyaselain ketakwaan.
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih
bergelut terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit,
jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling,
memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,pada taat kepadaMu dan dakwah dijalanMu "

Wallahualam bisshawab. Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalumenemani di kala hati "lelah".

Read more...

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP